fbpx

Maghribi, Croatia seri tanpa jaringan

KAPTEN Croatia, Luca Modric diasak pemain Magribi dalam pertemua Kumpulan F Piala Dunia Qatar di Stadium Stadium Al Bayt hari ini.

DOHA: Maghribi mempamerkan aksi menakjubkan dan hampir mencipta kejutan ketika mengikat Croatia tanpa jaringan dalam saingan Kumpulan F di Piala Dunia Qatar 2022 sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Al Bayt itu, Maghribi memperagakan aksi kemas namun, gagal mencipta peluang yang baik bagi memecah kebuntuan bagi mengegarkan jaring Croatia yang juga merupakan naib juara Piala Dunia 2018

Croatia jelas bergelut untuk merencana serangan namun beroleh beberapa peluang terbaik mereka hadir menerusi percubaan Nikola Vlasic.

Satu lagi aksi Kumpulan F akan menampilkan pertembungan antara Belgium menentang Kanada awal pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN