Koulibaly pastikan Senegal lolos - Utusan Malaysia

Koulibaly pastikan Senegal lolos

Aksi Koulibaly selepas menjaringkan gol kedua pasukan yang membawa kemaraan kelompok 16 terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly memastikan kemaraan pasukan ke pusingan 16 terbaik selepas meledak gol kemenangan mengatasi Ecuador, 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Kemenangan diraih pasukan Afrika itu membolehkan mereka ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali kedua.

Bagi Ecuador pula mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk mengiringi Belanda selaku juara kumpulan namun sebaliknya berlaku dan perjalanan skuad bimbingan Gustavo Alfaro terhenti diperingkat kumpulan sahaja.

Koulibaly meledak gol kemenangan pada minit ke-70, tiga minit selepas Moises Caicedo menyamakan kedudukan untuk Ecuador.

Ismaila Sarr menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama untuk meletakkan Senegal di depan dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.

Senegal kini di tangga kedua dengan enam mata, satu di belakang Belanda yang menewaskan tuan rumah Qatar 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Bayt. -AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya