JDT waspada tipu muslihat Sabah

JDT waspada tipu muslihat Sabah

PEMAIN JDT tidak akan memberi ruang dan peluang kepada Sabah FC menejelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas, malam ini-IHSAN JDT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC akan membuka gelanggang separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Likas, malam ini.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio berwaspada dengan muslihat rakan sejawatnya, Datuk Ong Kim Swee.

Biarpun JDT berdepan laluan mudah melangkah ke separuh akhir dengan agregat 8-0 mengatasi Kelantan FC, Bidoglio tidak mahu anak buahnya mengambil mudah cabaran daripada The Rhinos.

Katanya, apa-apa boleh berlaku pada peringkat tersebut dan skuad Harimau Selatan tidak boleh tersilap langkah sekiranya mahu ke pentas akhir.

“Sabah bukan sebuah pasukan yang biasa-biasa dan mereka mampu mencipta kejutan. Perlawanan separuh akhir ini pastinya menjanjikan saingan sengit buat JDT.

“Jadi, kami perlu memberi tumpuan penuh dan mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, JDT menang semua lima perlawanan menentang Sabah sama ada dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu.

Di atas kertas, JDT dilihat mempunyai kelebihan berbanding lawan ketika Sabah pula gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan seri ketika berdepan UiTM FC dan Kuching City.

Bidoglio memberi jaminan untuk menurunkan skuad terbaiknya dengan mesin pencetak gol, Bergson Da Silva menggalas tugas sebagai penggempur utama.

Tambah pengendali kelahiran Argentina itu, pemain yang direhatkan sebelum ini, iaitu Arif Aiman Hanapi dan Leandro Velazquez dijangka akan disenaraikan dalam kesebelasan pertama menentang Sabah FC.

“Perlawanan ini cukup penting dan sukar buat JDT. Kita tidak boleh alpa dan perlu berjuang bermati-matian untuk memperoleh kemenangan,” ujarnya.

Kali terakhir JDT bergelar juara Piala Malaysia adalah pada 2019 menewaskan Kedah, 3-0 namun impian mengulangi kejayaan tersebut tahun lalu tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Kuala Lumpur City FC. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya