Datang sokong pemain negara di Pusat Skuasy Bukit Jalil

Datang sokong pemain negara di Pusat Skuasy Bukit Jalil

AIFA AZMAN (kiri) sewaktu beraksi menentang pemain remaja negara, Noor Ainaa Amani Ampandi pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aifa Azman menyeru penyokong Malaysia agar datang beramai-ramai ke Bukit Jalil memberikan sokongan kepada pemain negara yang beraksi pada suku akhir Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pemain No. 21 dunia itu, semalam, telahpun mengesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi 11-6, 11-4, 11-8 dalam masa 21 minit pada pusingan kedua.

Selain Aifa, seorang lagi wakil Malaysia, Rachel Arnold turut mara ke peringkat lapan terbaik selepas mengalahkan Grace Gear dari England 10-12, 12-10, 11-7, 11-9 dalam masa 38 minit.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir, Aifa menyeru kepada penyokong Malaysia agar datang ke Bukit Jalil menyaksikan Terbuka Malaysia.

“Ramai pemain ternama yang beraksi kali ini. Kita ada Tarek Momen, Nele Gilis yang bermain menentang saya, esok (hari ini), kita juga ada Ng Eain Yow dan Rachel (Arnold). Marilah datang beramai-ramai bagi semangat kepada pemain Malaysia,” katanya di sini, semalam.

Mengulas pula tentang aksinya menentang Ainaa, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu, dia hanya memberi fokus kepada permainannya dan cuba mengutip mata demi mata.

“Semasa beraksi tadi, saya berusaha untuk bermain dengan tenang, walaupun sedikit ketinggalan pada set ketiga, saya berjaya bangkit untuk melengkapkan permainan dengan kemenangan,” ujarnya.

Bercakap mengenai perlawanan menentang pilihan kedua, Nele Gilis dari Belgium, Aifa menjelaskan, dia belum pernah bertemu dengan pemain No. 14 dunia itu dan permainan Gilis telah banyak meningkat.

“Dulu dia gemar berlari ke seluruh gelanggang, tetapi kini permainannya telah banyak berubah, dia lebih fokus kepada pukulannya. Saya memang menanti peluang bertemu dengannya.

“Permainan seperti ini, banyak membantu meningkatkan prestasi saya. Saya harap dapat meraih kemenangan, esok,” ujarnya.

Gilis menewaskan wakil Mesir, Fayrouz Aboelkeir 11-4, 11-8-11-6 dalam masa 33 minit, manakala, pencabar yang akan menentang pemain No. 26 dunia, Rachel sama ada Nadine Shahin atau Nour Aboulmakarim dari Mesir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.