Annuar tawar diri bantu Kelantan FC, Kelantan United

Annuar tawar diri bantu Kelantan FC, Kelantan United

ANNUAR Musa (lima dari kanan) bersama-sama skuad TRW Treble 2012 bersama-sama memotong kek bersempena ulangtahun ke-10 kejayaan TRW menjulang tiga piala utama dalam arena bola sepak tempatan. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa sedia untuk kembali untuk mewarnai arena bola sepak negeri ini dengan membantu Kelantan FC dan Kelantan United yang akan beraksi dalam kancah Liga Super musim hadapan.

Annuar berkata, bagaimamapun beliau perlu terlebih dahulu duduk dan berbincang bersama-sama pemilik The Red Warriors (TRW) dan The Green Deers terlebih dahulu.

“Saya menawarkan diri untuk membantu mengikut kemampuan yang saya ada. Saya sudah membuat perbincangan kali pertama bersama-sama beberapa pengusaha dan telah mendapat sedikit gambaran.

“Tetapi belum mencukupi dan belum tentu lagi dapat bantu kedua-dua pasukan kerana ia bergantung kepada jumlah dana yang mampu dikumpulkan. Bagaimanapun ia mempunyai kaitan dengan soal saham dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulangtahun 10 Tahun TRW Treble 2012, di sini hari ini.

Annuar memberitahu, Kelantan FC dan Kelantan United FC yang akan beraksi dalam Liga Super perlu dinaik taraf bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan baik pada musim depan.

Katanya, langkah berkenaan pasti memerlukan banyak pelaburan dan perlu bersesuaian dengan harapan peminat bola sepak di negeri ini.

“Saya harap pemilik kedua-dua pasukan dapat mengambil inisiatif dan orang-orang Kelantan dapat beri sokongan agar mereka boleh beraksi dengan penuh bergaya dalam Liga Super tahun depan.

“Kita ada masa dua atau tiga bulan untuk buat persiapan, jadi saya nak cuba bantu. Saya tidak boleh cakap lagi bagaimana tetapi saya ingin membantu dan mahu menggabungkan beberapa tenaga,” ujarnya.

Annuar menegaskan, beliau tidak memikirkan soal jawatan tetapi mahu melihat kedua-dua pasukan dari Kelantan itu disegani oleh pasukan lawan.

“Saya yakin kita boleh buat dan berdasarkan pengalaman, saya akui tahap sekarang belum cukup untuk beraksi di Liga Super. Kedua-dua pasukan perlu diangkat ke suatu tahap yang lain.

“Ini memerlukan inisiatif dari segi memperkasakan aspek kejurulatihan, meningkatkan kualiti pemain import dan pemain-pemain tempatan juga perlu berada pada satu tahap yang baharu,”katanya.

Beliau turut berkeyakinan aura Gelombang Merah dapat dihidupkan kembali kerana Kelantan sudah mempunyai asas yang boleh dibina, tambahan pula pemain ke-12 merupakan aspek penting dalam arena bola sepak profesional.

“Prestasi akan lebih baik apabila kita ada penyokong di belakang. Saya boleh beri sedikit sebanyak formula untuk menghidupkan kembali sokongan dan semangat kekeluargaan TRW.

“Untuk menjaga pasukan Kelantan ini bukan sekadar jaga bola tetapi perlu menjaga keseluruhan ekosistem bola sepak termasuk penyokong, pembangunan, kejurulatihan serta penjenamaan, pemasaran dan tentu sekali pengurusan yang baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya