fbpx

14 maut tanah runtuh di Cameroon

YAOUNDE: Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh di ibu negara Cameroon.

Kejadian itu berlaku ketika orang ramai berkumpul di kawasan kejiranan Damas di Yaoundé untuk menghadiri majlis pengebumian.

Gabenor wilayah, Naseri Paul Bea berkata, pasukan penyelamat masih sedang mencari puluhan lagi mangsa yang hilang dipercayai tertimbus dalam insiden tanah runtuh.

“Di tempat kejadian kami mengira sebanyak 10 mayat, tetapi sebelum ketibaan kami, empat mayat sudah dibawa keluar. Puluhan yang cedera parah juga dihantar ke hospital,” katanya.

Menurut Bea, kawasan tanah runtuh itu merupakan ‘lokasi yang sangat berbahaya’.

Justeru, beliau menggesa orang ramai beredar sebelum pihak berkuasa masuk untuk membersihkannya.

Sementara itu, saksi berkata, beberapa keluarga berkumpul di bawah khemah besar di puncak bukit apabila sebahagian tanah mereka berdiri tiba-tiba runtuh.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku di daerah Damas yang rata-rata penduduknya merupakan golongan pekerja, di pinggir timur ibu negara. – AFP/REUTERS/AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN