Ular sawa batik dalam bonet kereta

Ular sawa batik dalam bonet kereta

ANGGOTA APM Hulu Terengganu berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang menyorok dalam bonet enjin sebuah kereta di R&R Ajil, LPT2 , Hulu Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU : Seorang lelaki terkejut mendapati seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira empat meter melingkar di dalam bonet enjin keretanya ketika berhenti memeriksa kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil,  Lebuhraya Pantai Timur 2,  dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu Toyota Avanza berusia 50-an dalam perjalanan pulang dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Kuala Terengganu setelah selesai hantar anak ke tempat belajar. 

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, ketika sedang memandu, pemandu tidak sedap hati setelah berasa seperti ada geseran di bahagian hadapan kereta.

“Pemandu berkenaan mengambil keputusan berhenti di kawasan R&R Ajil bagi memeriksa kenderaan. Sejurus bonet hadapan dibuka, didapati seekor ular sawa batik melingkar di dalamnya lalu kemudiannya hubungi pihak berkuasa.

“Pihak kami mendapat maklumat berhubung kejadian pada pukul  6 petang dan dengan kekuatan empat anggota bergegas ke lokasi. 

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira 25 minit untuk keluarkan reptilia berkenaan yang dianggarkan seberat 20 kilogram,” katanya ketika dihubungi. 

Jelasnya lagi, ular sawa batik tersebut dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya sebelum dilepaskan ke habitat asal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.