PETALING JAYA: Tindakan 12 menteri dari Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada istana menunjukkan mereka tidak mempercayai keputusan bersama yang menjejaskan kestabilan kerajaan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, sedangkan Yang di-Partuan Agong pasda 12 Februari lalu telah menasihatkan agar Ahli Parlimen semua berhenti politik untuk terus menunjukkan kestabilan Kerajaan sedia ada.
“Tindakan 12 Menteri dari PN yang bertindak mengugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri apabila menghantar surat kepada istana.
“Ini telah menjelaskan lagi niat Pimpinan PN yang tidak lagi mahu menepati janji sebagai Ahli Kabinet untuk mencapai apa sahaja kata sepakat didalam Mesyuarat Kabinet.
“Tindakan ini secara jelas menunjukkan mereka tidak mempercayai keputusan bersama dan ini telah menyebabkan Tuanku murka sekali lagi dengan tindakan menteri-menteri PN.
“Pertama kali, menteri PN membelakangi Istana apabila mengambil keputusan bersendirian apabila penamatan proklamasi darurat sehingga mencetuskan krisis bersama istana. Krisis ini berakhir dengan perletakan jawatan Perdana Menteri.
“Budi bicara tuanku melihat tidak mungkin ujud kestabilan didalam kerajaan apabila 12 Menteri ini tidak lagi bersama kerajaan dan ini menunjukkan jelas bahawa mereka tidak lagi bersama Kabinet.
“Semua 12 menteri PN ini seharusnya memberi kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong yang bijaksana untuk memberi pertimbangan dan budi bicara tuanku untuk membuat keputusan.
“Ketelanjuran ini telah menyebabkan istana tiada pilihan lain selain membubarkan Parlimen dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baru.
“Tiada lain yang boleh diperbetulkan lagi selain daripada pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, – UTUSAN