Soalan bubar parlimen patut tanya PM - Speaker

[PARLIMEN] Soalan bubar Parlimen patut tanya PM – Speaker

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak beberapa soalan berkaitan pembubaran pilihan raya umum yang diajukan pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Azhar, soalan tersebut perlu diajukan kepada Perdana Menteri dan pihak lain tidak sesuai untuk menjawab soalan berkenaan.

Ketika itu, Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri bercadang untuk membubarkan parlimen, sekali gus dianggap suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Adakah Perdana Menteri bercadang untuk membubarkan parlimen seperti yang dikehendaki UMNO? Sebab kalau bubarkan parlimen waktu bencana banjir ini, ia amat tidak bertanggungjawab dan membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Namun Azhar secara ringkas berkata: “Soalan itu patut ditanya kepada Perdana Menteri.”

Speaker dalam masa yang sama turut menolak soalan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang dianggap spekulasi dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Shamsul Iskandar ketika itu berkata, bagaimana persiapan Jabatan Perdana Menteri sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada waktu banjir.

Soalan-soalan berkenaan ditanya ketika Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid ingin menjawab soalan yang diajukan Datuk Rubiah Wang (GPS -Kota Samarahan) mengenai status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir hujung tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya