Perak sasar 25 emas Para Sukma

Perak sasar 25 emas Para Sukma

KHAIRUL Shahril Mohamed (belakang, tengah) beramah mesra bersama atlet Para Sukma pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Sukma negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kontinjen Perak menyasarkan membawa pulang 25 pingat emas pada Kejohanan Para Sukan Malaysia XX (Para Sukma XX) dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 6 November depan di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata, sasaran pingat emas kontinjen para Sukma sangat realistik berdasarkan persiapan yang telah dijalankan.

“Pada Sukma sebelum ini kita sedia maklum bahawa Perak tidak dapat mencapai sasaran 50 pingat emas tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan kita.

“Tetapi pada sukan para Sukma kali ini, kita yakin sasaran pingat sebanyak 25 emas untuk para Sukma ini adalah realistik,” katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen Para Sukma Perak ke Temasya Sukma MSN 2022 di sini hari ini.

Khairul Shahril berkata, kontinjen Negeri Perak menghantar 95 atlet dalam temasya yang berprestij ini.

“Perak bakal menyertai 10 acara membabitkan badminton, olahraga, powerlifting, renang, tenpin boling, catur, boling padang, ping pong, boccia dan memanah,” katanya.

Menurutnya, antara sukan berpotensi meraih emas membabitkan sasaran 10 emas dalam acara olahraga manakala acara ping pong, lima emas dan empat emas bagi acara catur dan masing-masing dua emas bagi acara memanah dan tenpin boling selain satu emas dalam acara boling padang dan boccia.

“Dengan perancangan dan persiapan rapi usaha berkenaan mampu direalisasikan menerusi kesungguhan dan tekad atlet serta peranan jurulatih dan pegawai masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Khairul Shahril berkata, ini merupakan kali pertama persiapan atlet sukan Para berlangsung di bawah Dasar Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) negeri Perak yang telah diluluskan sebanyak RM700,000.

“Peruntukan sebanyak RM700,000 daripada kerajaan negeri telah diluluskan setelah persiapan ini berjalan berbanding sebelum ini hanya RM70, 000 sahaja diberikan kepada sukan Para,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan memberi nilai insentif yang sama seperti Sukma ke-20 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 hingga 24 September lalu.

“Kategori individu yang berjaya meraih pingat emas akan memperoleh insentif sebanyak RM5,000, RM3,000 bagi pingat perak dan RM1,000 bagi pingat gangsa setiap seorang.

“Bagi kategori acara berpasukan pula setiap seorang akan menerima RM2,500 bagi pingat emas, RM1,500 bagi pingat perak dan RM500 bagi pingat gangsa,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya