KL City cipta sejarah layak ke final Piala AFC

Tahniah KL City, layak ke final Piala AFC

KUALA Lumpur City memahat sejarah mara ke final Piala AFC 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City mengesahkan tempat di final Piala AFC selepas menjinakkan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana 5-3 menerusi penentuan penalti pada aksi final antara zon di Stadium Kompleks Sukan Sogdiana, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak hanya selangkah untuk menyamai rekod Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi Piala AFC pada 2015.

Beraksi di hadapan penyokong lawan, KL City memilih untuk bertahan dan terpaksa menahan serangan bertali arus dilancarkan Sogdiana sepanjang tempoh 120 minit masa permainan termasuk masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Disiplin tinggi dipamerkan pertahanan City Boys selain ketangkasan penjaga gawang, Kevin Mendoza nyata membuat pasukan tuan rumah buntu menembusi gawang pelawat.

Meskipun bertahan, KL City turut mencipta beberapa peluang dan percubaan terbaik hadir pada minit ke-80, namun Romel Morales gagal menyudahkan hantaran lintang Zhafri Yahya di depan pintu gol Sogdiana.

Mendoza terus mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan Shokhruz Jurabekov sebelum Giancarlo Galifuoco menyempurnakan sepakan terakhir KL City untuk membawa skuad City Boys ke pentas akhir.

KL City akan berdepan kelab Oman, Al-Seeb yang turut mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari negara itu mara ke final Piala AFC.

Al-Seeb terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final apabila menewaskan wakil Bahrain, Al-Riffa 4-0 di final Zon Barat, semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.