Rakyat UK mula berkabung 10 hari - Utusan Malaysia

Rakyat UK mula berkabung 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seluruh United Kingdom (UK) memulakan tempoh berkabung selama 10 hari bermula hari ini selepas Istana Buckingham mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis.

Banyak aktiviti, termasuk sidang Parlimen telah ditangguhkan, lapor Agensi Anadolu.

Persidangan Parlimen akan ditangguh sehingga 21 September namun satu sidang khas akan diadakan pada tengah hari Jumaat, untuk Ahli Parlimen memberi penghormatan kepada mendiang Ratu sehingga 10 malam waktu tempatan.

Dewan Rakyat pula akan bersidang pada Sabtu untuk beberapa Ahli Parlimen kanan mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Charles III.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini dibatalkan manakala aksi liga Scotland, Ireland dan Wales ditangguhkan.

Persembahan teater di seluruh negara kemungkinan diteruskan dan pengunjung akan bertafakur selama seminit.

Persatuan Teater London dan Teater UK dalam satu kenyataan berkata persembahan teater yang telah dijadualkan akan diteruskan semasa tempoh perkabungan.

Semua program televisyen di saluran utama juga disusun semula dan semua mogok yang dirancang oleh beberapa pihak turut dibatalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya