PRU15: UMNO perlu elak pilih calon yang pernah kalah

PRU15: UMNO perlu elak pilih calon yang pernah kalah, ditolak rakyat

Dr. Guntor Tobeng (kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail pada mesyuarat UMNO Cawangan Seberang Perak di Alor Setar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO diminta tidak mencalonkan semula calon yang tewas pada pilihan raya umum lalu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana mereka itu jelas sudah ditolak oleh rakyat.

Jika calon-calon yang tewas itu dicalonkan semula ia dibimbangi akan menjejaskan kredibliti parti yang seolah-olah tidak mempunyai barisan pelapis sehingga tetap mengetengahkan individu yang sudah tidak diterima oleh pengundi.

“Ada calon yang sudah kalah dua tiga kali pilihan raya masih juga melobi untuk jadi calon pada PPRU15. Untuk (UMNO) memang kita perlukan calon berkaliber, berwibawa, yang dimahukan pengundi. Bukan calon yang dimahukan oleh parti. 

“Kalau pucuk pimpinan parti tetap hendak calonkan calon yang telah kalah pada pilihan raya lalu walau atas apa alasan sekalipun tetapi ditolak oleh pengundi, maka tidak ada gunanya. 

“Sebab itu saya berpandangan mana-mana pemimpin yang kalah pada pilihan raya sebelum ini, eloklah beri laluan kepada muka baru. Barulah UMNO nampak segar dan dinamik,” kata Timbalan Ketua Cawangan UMNO Seberang Perak, Datuk Dr. Guntur Tobeng.

Katanya, UMNO perlu pilih yang bukan sahaja diterima rakyat tetapi juga yang sentiasa bersama rakyat.

“Jadi pemimpin kena bersama rakyat. Kalau ada jawatan tetapi duduk di Kuala Lumpur, pengundi dan penyokong mahu jumpa pun susah, elok bagi kepada orang lain yang lebih berkemampuan. 

:Ada yang jadi menteri, tinggal di Kuala Lumpur, sibuk 24 jam tetapi hujung minggu boleh juga jengok kawasan, boleh jumpa rakyat. 

“Ada pula yang hanya pegang jawatan peringkat negeri, tetapi tinggal di Kuala Lumpur sampai tidak ada masa nak jumpa rakyat. Maka pemimpin begini hanya menjadi beban atau liabiliti kepada parti. Bertanding PRU tidak akan menang,” katanya.

Selain itu kata Guntur, UMNO juga perlu bertegas dalam soal agihan kerusi pada PRU15 dengan memastikan calonnya bertanding di kawasan yang majoriti pengundi adalah Melayu.

 Lagi pula katanya, ada setengah-setengah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) telah beberapa penggal ditandingi oleh rakan-rakan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan mereka tidak menang. 

“Mungkin elok kerusi-kerusi ini diberikan kepada UMNO. Seperti kerusi Parlimen Alor. Eloklah bagi kepada UMNO kerana 65 peratus pengundinya adalah Melayu. 25 peratus sahaja bukan Melayu. 

“Rakan kita dari parti komponen yang bertanding Parlimen Alor Setar sudah dua penggal kalah. Kalau pucuk pimpinan tahu letak calon bukan Melayu kita akan kalah, kenapa mahu letak juga? Kenapa mahu bertanding untuk kalah? 

“Kalau calon UMNO boleh menang, kenapa tak bagi kepada UMNO? PRU15 sangat kritikal. Setiap kerusi sangat penting. 

“Asalkan BN menang, jangan peduli calon dari parti mana. Kalau calon UMNO boleh menangkan BN maka letak calon UMNO. Apabila BN menang semua akan dapat manfaat. Saya minta pemimpin kena bertegas dalam bab ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN