Pegawai imigresen disiasat SPRM ditukar ke bahagian tidak berisiko

Pegawai imigresen disiasat SPRM ditukar ke bahagian tidak berisiko

ZAKARIA Shaaban (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Imigresen Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai imigresen yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) akan ditukarkan ke bahagian lain.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pertukaran akan dilakukan ke tempat tidak berisiko.

“Setiap kes yang ditahan merupakan kerjasama Imigresen dengan SPRM dan kita sentiasa terus bekerjasama bersama agensi penguatkuasaan lain bagi mengambil tindakan terhadap pegawai yang langgar salah laku.

“Buat masa ini, kita hanya boleh tempatkan mereka (pegawai terbabit) di tempat selain daripada tempat mereka berada sekarang, maksudnya kita akan buat reshuffle (rombakan). Mungkin di tempat-tempat yang tidak begitu berisiko,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Imigresen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada 12 November lalu, SPRM menahan 11 individu termasuk 10 pegawai serta seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program RTK.

Zakaria berkata, tindakan lanjut akan menyusul selepas siasatan SPRM.

“Di bawah peraturan tatatertib, apabila sahaja dia dituduh, pihak jabatan perlu menahan kerja,” katanya.
Menurutnya, seramai 60 pegawai imigresen dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah serta 301 kes tatatertib sejak 2022 hingga tahun ini.

“Bagi statistik kes tatatertib tahun lalu merekodkan 254 kes manakala tahun ini (setakat 17 November) ada 199 kes,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×