SEREMBAN: Perjumpaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan dengan kepemimpinan DAP negeri tidak membincangkan serta menjurus mengenai kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Muda Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar berkata, kedua-dua pihak pada pertemuan hanya membincangkan kerjasama yang boleh diambil khususnya mengenai isu-isu berkepentingan rakyat. Katanya, pertemuan itu juga bertujuan merapatkan hubungan Muda dengan parti-parti dalam PH di Negeri Sembilan. “Tiada apa-apa perkara menjurus pilihan raya dibincangkan…