Pelancong domestik ke Selangor meningkat kepada 10.2 juta

Pelancong domestik ke Selangor meningkat kepada 10.2 juta orang pada 2021

selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor telah diumumkan sebagai destinasi pelancongan domestik utama di Malaysia, dengan lebih 10.2 Juta pelancong telah melawat ke negeri ini pada tahun 2021.

Selangor telah mengatasi beberapa negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.1 juta), Sarawak (6.5 juta), Negeri Sembilan (5.5 juta) dan Pulau Pinang (5.1 juta).

Pelancongan merupakan salah satu industri terbesar, menyumbang kepada 12.8 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebelum pandemik Covid-19 pada tahun 2019.

Bagaimanapun, sekatan di seluruh negara yang melarang perjalanan domestik dan antarabangsa telah memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di seluruh dunia.

Kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan pada tahun ini, serta kelonggaran sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, memberikan harapan yang cerah bagi industri pelancongan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa pengumuman kerajaan mengenai peralihan kepada fasa endemik akan menyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan Malaysia.

Negara dijangka mengalami pemulihan ekonomi yang sihat tahun ini yang dipacu oleh sektor domestik. Ini selari dengan indikator kadar penghunian bilik hotel yang ditunjukkan pada suku pertama tahun 2022 serta jumlah perjalanan antara negeri yang telah meningkat, terutamanya bagi industri berkaitan pelancongan domestik.

Negeri Selangor menyediakan pelbagai segmentasi dengan tarikan pelancongan yang banyak bagi memenuhi permintaan pasaran domestik.

Sejak fasa awal pandemik Covid-19, Negeri Selangor melalui agensi promosi pelancongannya, Tourism Selangor telah memperkenalkan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” sebagai salah satu pendekatan yang proaktif bertujuan untuk mengukuhkan lagi pelancongan domestik bagi Negeri Selangor.

Kempen ini didorong ke arah pelaksanaan menyeluruh yang merangkumi kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama seperti pengendali hotel, agensi pelancongan, syarikat  penerbangan dan rakan-rakan media.

Ini selaras dengan salah satu objektif Rangsangan Ekonomi Selangor yang dibangunkan bagi meningkatkan sektor pelancongan domestik ke negeri ini, dengan lebih RM 2.5 Juta disalurkan bagi pelbagai inisiatif untuk merancakkan kembali industri pelancongan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya