Harimau Malaya buat Gajah Perang terduduk dilaman sendiri

Harimau Malaya buat Gajah Perang terduduk dilaman sendiri

SYIHAN (tengah) menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menafikan satu sepakan penalti Thailand untuk membawa Malaysia layak ke final Piala Raja Thai.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Raja Thai 2022 setelah menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

Penjaga gawang Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjadi wira apabila berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil pemain Thailand, Supachok Sarachart.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, tekanan baik yang dipamerkan barisan pemain Harimau Malaya jelas menyukarkan tuan rumah untuk merencana serangan terutamanya pada babak pertama.

Syafiq Ahmad cuba meleapsi kawalan pertahanan Thailand.

Kehilangan pemain kreatif, Chanathip Songkrasin seawal minit ke-14 ekoran kecederaan yang dialaminya dilihat semakin parah buat Gajah Perang yang seolah-olah kehilangan arah dapat mencipta serangan.

Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya anak didik Kim Pan Gon untuk mengawal perlawaan khususnya dibahagian tengah menerusi gandingan Brendan Gan bersama Nor Azam Azih.

Penyokong tuan rumah terdiam buat seketika apabila Corbin-Ong menjaringkan gol pertama pada minit ke-32 selepas mendapat hantaran lintang menarik daripada Safawi Rasid untuk menewaskan Kampol Phatomakkakul pada minit ke-32.

Kim Pan Gon meneruskan rekod cemerlang Malaysia ke atas Thailand.

Memasuki babak kedua, Thailand jelas mahu meningkatkan intensiti permainan dengan membawa masuk Suphanat Mueanta, Pathompol Charoe dan Phitiwat Sukjitthammakul bagi memberikan idea baharu dari segi serangan pada awal babak kedua.

Ketika tumpuan diberikan kepada pasukan tuan rumah, Darren Lok hampir menggandakan kelebihan buat Harimau Malaya menerusi tandukan pada minit ke-60 namun berjaya ditepis Kampol.

Syihan membuktikan Pan Gon tidak silap dengan memilihnya selaku benteng terakhir pasukan apabila menafikan dua percubaan Suphanat ketika situasi satu lawan satu dengan penyerang berusia 20 tahun itu pada minit ke-63 dan 71.

Berselang enam minit kemudian, penjaga gawang Negeri Sembilan ini sekali lagi menggagalkan tandukan Supachai Chaided untuk terus memastikan gol tidak dibolosi.

Ketika skuad negara hanya menunggu saat untuk meraikan kemenangan, Nur Azam Azih telah diperintahkan keluar padang kerana menerima dua kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya dan Thailand mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti.

Sepakan diambil oleh Sumanya Purisai terus mencari Pansa Hemviboom untuk menanduk masuk gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Syihan terus menjadi wira setelah bertindak cemerlang mengagalkan sepakan penalti diambil Supachok Sarachart sebelum Corbin-Ong memastikan skuad negara ke final menerusi gol kelima pasukan.

Kemenangan ini menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan dipentas final selepas melakar kejutan menundukkan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan ini berlangsung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.