KUALA LUMPUR: Gandingan Elvis Priestly dan Jared Aiden membutirkan pingat emas buat Sarawak dalam aksi akhir platform seirama lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.
Elvis dan Jared mengumpul 334.44 mata untuk menjuarai acara tersebut, manakala, pingat perak menjadi milik, wakil Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie setelah mengutip 329.82 mata.
Pingat gangsa pula dimenangi oleh penerjun Sabah, Julfaddli Jali dan Muhd Anilrian yang mengumpul 291.78 mata. – UTUSAN ONLINE