Cools buka akaun gol bersama FK Jablonec

Cools buka akaun gol bersama FK Jablonec

Cools meledak satu gol untuk pasukan baharunya FK Jablonec.- IHSAN FK Jablonec
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools hanya memerlukan satu perlawanan untuk membuka akaun gol bersama kelab baharunya, FK Jablonec.

Cools,26, berjaya menyumbang satu gol pada penampilan sulung bersama kelab Republik Czech itu dalam aksi pusingan kedua Piala Czech, semalam.

Cools yang disenaraikan dalam kesebelasan utama meledak gol pembukaan pada minit ke-17 ketika Jablonec meraih kemenangan 4-0 ke atas Motorlet di Stadium SK Motorlet.

Pengendali Jablonec, David Horejs turut memuji persembahan cemerlang bekas FC Midtjylland itu.

Horejs optimis Cools memiliki kualiti yang baik apabila berjaya menyesuaikan diri dengan pasukan baharu dalam tempoh singkat.

“Dia seorang pemain yang akan membawa kualiti kepada pasukan kami. Setakat ini dia bersama kami dalam satu sesi latihan dan berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai kualiti.

“Saya percaya semakin lama dia bersama kami, dia akan lebih membiasakan diri dan membantu kami,” katanya di laman web rasmi kelab tersebut.

Cools sebelum ini berpisah dengan Midtjylland, malah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT).

Cools akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk kejohanan Piala Raja Thai 2022, hujung bulan ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya