Tak puas hati pembayaran makanan, 5 suspek serang pusat tahfiz

Tidak puas hati pembayaran makanan, lima suspek serang pusat tahfiz dan cederakan dua mangsa

TANGKAP layar memaparkan kejadian lima lelaki menyerang sebuah pusat tahfiz dan mencederakan dua mangsa di Jalan Cheneras di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Lima lelaki berusia lingkungan 30-an termasuk seorang pelajar pusat tahfiz menyerang  dan mencederakan seorang ustaz serta pelajar di pusat tahfiz di Jalan Cheneras, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, seorang ustaz yang ditugaskan menjaga pusat terbabit, Zulhafiz Mohd. Rasid cedera di mata kanan, tangan dan lebam di badan menerima empat jahitan manakala seorang pelajar yang diserang juga cedera. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kelima-lima suspek ke pusat tahfiz itu dengan menaiki kederaan pacuan empat roda jenis Isuzu dan tiga orang daripadanya turun menyerang dua mangsa tersebut.

“Punca serangan dipercayai berpunca bapa saudara kepada seorang pelajar tahfiz bertindak menyerang mangsa berikutan tidak berpuas hati dengan pembayaran makanan di pusat tahfiz ini.

“Berasaskan siasatan, dua suspek ditahan dalam serbuan di kawasan Damak, Jerantut serta ditahan reman empat hari sehingga 12 ogos ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, kedua-dua suspek yang diberkas itu berusia 30-an dan mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan melakukan pencerobohan kawasan.

“Dalam ujian awal, kedua-dua suspek yang diberkas positif dadah jenis methamphetamin dan ditahan di Balai Polis Kuala Lipis selain disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tiga suspek yang masih bebas telah dikenali identitinya dan usaha mengesan serta  menangkap suspek sedang dijalankan. Polis berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat untuk mengesan suspek dalam kes ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya