Sabah terus hambat JDT

Sabah terus hambat JDT

BADDROL menjadi penjaring gol tunggal dalam perlawanan Sabah menentang Sarawak United di Stadium Likas, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC terus menghimpit pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63 untuk terus merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Harimau Selatan.

Kemenangan ke-11 itu memastikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengumpul 34 mata dan hanya ketinggalan satu mata di belakang JDT, namun juara lapan kali berturut-turut tersebut masih memiliki kelebihan dua perlawanan.

Ketangkasan penjaga gawang Sarawak, Tauffiq Ar Rasyid Johar nyata mencuri tumpuan pada babak pertama apabila menafikan deretan percubaan dari Saddil Ramdani dan Taiki Kagayama.

Bersambung babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk menguji Tauffiq dan kali ini menerusi Amri Yahyah pada minit ke-49, namun aksi cemerlang dipamerkan penjaga gawang Sarawak itu nyata mengecewakan kira-kira 10,000 penyokong tuan rumah.

Pelawat berpeluang mendahului tuan rumah selang seminit kemudian menerusi Uche Agba yang memperdayakan penjaga gawang Sabah, Khairul Fahmi Che Mat namun penyerang import kelahiran Nigeria itu gagal meletakkan bola dalam gawang gol.

Stadium Likas akhirnya bergema selepas Baddrol bijak menyambar hantaran Saddil untuk menanduk bola ke  gawang pada minit ke-62.

Gol tersebut terus menaikkan semangat The Rhinos untuk memburu gol kedua menerusi beberapa percubaan namun tiada jaringan tambahan sehinggalah tamat masa perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya