Ramai orang dengki, burukkan KLFA - Khalid

Ramai orang dengki, burukkan KLFA

KHALID SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad menafikan berita yang dilaporkan sebuah akhbar mengenai skandal pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan  jutaan ringgit yang berlaku dalam KLFA sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), minggu lalu.

Katanya, pihak SPRM telah menjalankan tugas mereka dengan sangat profesional terhadap KLFA dan mendapati tiada berlaku sebarang penyelewengan.

“Ramai orang dengki dan cemburu, mereka buat laporan (kepada SPRM) ini tujuannya, saya rasa untuk menimbulkan kecurigaan terhadap pengurusan KLFA dan KL City (Kuala Lumpur City) supaya penaja dan pelabur yang berpotensi, menjauhkan diri dari kami. Memang berniat jahat, tiada kes sama sekali.

“Sebagai Presiden KLFA, saya bertanggungjawab mendapatkan the best deal (tawaran terbaik) untuk KLFA. Ini kita sedang bincang dalam mesyuarat exco. Tiada penyelewengan, hanya tawaran yang terbaik akan kita terima.

“Kami bekerja keras membayar gaji pemain setiap bulan. Nak bayar bonus apabila mereka dapat agregat untuk menang. Kita nak bina halaman internet untuk peminat dan malam tadi dapat jumlah kehadiran paling ramai sejak berpuluh tahun. Semua itu tanda kita sedang menunjukkan kemajuan, tapi ada pihak yang tidak berpuas hati yang nak gagalkan kita, sabotaj kita,” katanya dalam sidang akhbar semalam. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN