Raja Permaisuri Agong zahir ucapan tahniah

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan tahniah kepada beregu negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan menjadi juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, hari ini. - IHSAN FB Istana Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan menjadi juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, hari ini.

Dalam satu hantaran menerusi akaun Facebook, Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Aaron-Wooi Yik yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Pencapaian cemerlang Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

“Ianya juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga pencapaian ini akan membakar semangat Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk terus berlatih dan bekerja keras untuk kejohanan-kejohanan mendatang serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,”tulis Istana Negara dalam hantaran berkenaan.

Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian 45 tahun di pentas kejohanan dunia selepas beregu yang berada di ranking keenam dunia itu menewaskan pasangan berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra 21-19,21-14 di pentas final.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya