Pihak berkuasa Turkiye tahan bintang pop hasut kebencian terhadap sekolah agama - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa Turkiye tahan bintang pop hasut kebencian terhadap sekolah agama

Gulsen Bayraktar Colakoglu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye mengenakan hukuman penjara terhadap bintang pop wanita terkenal di negara ini yang sering berpakaian mencolok mata dan menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atas dakwaan menghasut kebencian menerima komen mengenai sekolah agama.

Gulsen Bayraktar Colakoglu, 46, ditaha di rumahnya di sini dan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Hakim kemudiannya mengenakan tahanan reman terhadap penyanyi wanita itu sementara polis menyiasat kenyataan yang dibuatnya ketika mengadakan persembahan pada April lalu.

Semasa persembahan itu, Gulsen membuat komen berbaur hasutan mengenai sekolah agama Imam Hatip.

Video kenyataan itu menjadi tular dalam media sosial dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota senior parti politik pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan, AKP.

Jurucakap AKP, Omer Celik berkata, kenyataan berbaur hasutan yang sengaja mahu memecahbelahkan Turkiye adalah jenayah kebencian yang amat memalukan.

Dalam pada itu, Gulsen memohon maaf menerusi media sosial berhubung penahanannya.

Penyanyi itu menegakan, kenyataannya itu hanyalah bersifat gurauan, tetapi dianggap serius oleh pihak yang tidak memahami dan sengaja ingin mencetuskan perbalahan dalam masyarakat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya