[Dewan Rakyat] Dakwaan kata-kata kesat KPPA : Ahli Parlimen mahu penjelasan menteri

[Dewan Rakyat] Dakwaan kata-kata kesat KPPA : Ahli Parlimen mahu penjelasan menteri

Siasatan SPRM mendapati dia pelakuan rasuah dalam kejadian kecoh di KLIA pada 29 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli-ahli Parlimen mahu Menteri di Jabatan Menteri atau timbalannya memberikan penjelasan di Dewan Rakyat berhubung dakwaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengeluarkan kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata, penjelasan segera itu supaya isu tersebut tidak menjejaskan nama baik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya maruah anggota kerajaan.

“Tindakan ini bukan dibuat pegawai rendah tetapi Ketua Pengarah dan saya rasa perlu penjelasan daripada menteri terlibat supaya tiada salah faham agar nama JPA dijaga memandangkan agensi ini merupakan jabatan paling senior dan dihormati berbanding jabatan lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pandangan sama juga disokong dua Ahli Parlimen lain iaitu Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kemudian memberitahu beliau akan memaklumkan cadangan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk tindakan selanjutnya.

Semalam Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku seorang pegawai kanan berjawatan Ketua Pengarah yang didakwa menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di KLIA.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin berkata, insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA dan pegawai kanan itu mahukan layanan orang kenamaan.

Sebaliknya JPA dalam kenyataan pagi ini menyangkal perkara itu dan ia dilihat berniat jahat untuk menjatuhkan imej Ketua Pengarah sebagai pegawai tertinggi kerajaan.

Sementara itu, Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) juga meminta mahu penjelasan kerajaan terhadap keputusan menghantar polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN