Azroy akhirnya tamatkan badi tahun ini

Azroy akhirnya tamatkan badi tahun ini

AZROY Hakeem Anuar meraikan kejayaan muncul juara kelas CP 150, Kejuaran Cub Prix Malaysia di Sepang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar akhirnya menamatkan badi musim ini apabila menjuarai perlumbaan CP1 dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sepang Utara semalam.

Bagaimanapun kemenangan Azroy tidak hadir dengan mudah apabila dicabar hebat sepanjang 11 pusingan, dan juara terpaksa ditentukan menerusi rakaman ulang tayang setelah tiga pelumba, termasuk Azroy bersama Haziq Fairues daripada Yamaha Maju Motor serta Akid Aziz daripada TKKR Racing melintasi garisan penamat secara serentak.

Begitupun setelah diperiksa, jentera Azroy terlebih dahulu mencecah garisan penamat untuk pelumba berusia 23 tahun itu meraih kejuaraan pertamanya musim ini.

Dengan kemenangan ini, ia melonjakkan kedudukan Azroy ke tangga keempat kedudukan keseluruhan pelumba apabila meraih 87 mata, hanya beza 15 mata dengan pendahulu, Afif Amran daripada pasukan Yamaha CKJ.

“Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada pasukan saya kerana membuat pelarasan jentera dengan baik, ia memang perlumbaan yang sengit, tetapi saya cuba juga cari jalan untuk menyaingi pelumba lain.

“Saya tahu pusingan terakhir amat penting kerana ketika itu saya berada di kedudukan ketiga dan saya perlu keluar untuk memintas pelumba di hadapan saya, percaturan saya menjadi dan saya gembira akhirnya berjaya juga untuk mendapat kejuaraan pertama musim ini,” jelas Azroy.

Dalam saingan CP 125 pula, menyaksikan Mohd. Shafiq Rasol daripada pasukan Onexox TKKR Racing meneruskan penguasaan dalam kelas ini apabila dinobatkan sebagai juara.

Tempat kedua milik Abdul Qayyum Razak daripada pasukan Onexox Racing sementara Ahmad Syukran Aizat daripada pasukan Yamaha CKJ terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.