Tok Gajah benam Gergasi Merah

Tok Gajah benam Gergasi Merah

PENYERANG Selangor, Herlison Caion melakukan percubaan ke arah gol Sri Pahang dalam aksi Liga Super malam ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Selepas gah menumpaskan Sabah 2-0 pada suku akhir Piala FA, Sabtu lalu, nasib Selangor berubah sama sekali apabila tumbang 2-0 kepada Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Biarpun meraih tiga mata berharga di depan penyokong sendiri, Sri Pahang juga berdepan ‘penyakit’ yang sama dengan Selangor, permainan tidak konsisten.

Kemenangan hari ini hadir empat hari selepas Tok Gajah disingkirkan Penang FC 2-5 pada saingan Piala FA di laman sendiri.

Beraksi di padang basah selepas hujan lebat petang tadi seakan membantu pertahanan tuan rumah mengekang asakan Selangor.

PENYERANG Sri Pahang, Abdul Malik Mat Arif (kiri) menewaskan penjaga gol Selangor, Samuel Somwrville – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Pada minit ke-17, Selangor berpeluang untuk mendahului tetapi rembatan Aliff Haikal terkena tiang walapun Mamadou Samassa telah tertewas.

Kesilapan pertahanan Selangor menolak bola ke belakang disambar penyerang Tok Gajah, Rodriguez untuk gol pertama Sri Pahang pada minit ke-34 perlawanan.

Gol semangat itu nyata merubah rentak perlawanan kerana Sri Pahang pula lebih kerap membawa bola ke arah pintu gol Selangor.

Selang lima minit, penyerang kebangsaan, Abdul Malik Mat Ariff menambah kegembiraan penyokong Sri Pahang apabila berjaya menambah gol kedua skuad itu.

PEMAIN sayap Sri Pahang, Muhamad Baqiuddin Shamsudin (depan) diasak pemain tengah Selangor, Alif Haiqal Lokman dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Awal perlawanan agak seimbang apabila memasuki babak kedua dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan.

Keadaan mula berubah kira-kira 10 minit selepas itu berikutan Selangor kembali menguasai perlawanan dan banyak melakukan serangan untuk merapatkan jurang gol.

Hanya sesekali Sri Pahang melakukan serangan balas dan peluang terbaik menambah jaringan melalui sepakan percuma di luar kotak penalti berjaya di tepis keluar penjaga gol Selangor.

Banyak peluang dimiliki anak buah Michael Feichtenbeiner menjaringkan gol tetapi benteng pertahanan Tok Gajah terus membantu Samassa mengawal pintu gol dari dibolosi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya