Pasukan ‘gergasi’ Latin, Asia menanti Harimau Malaya 

Pasukan ‘gergasi’ Latin, Asia menanti Harimau Malaya 

HARIMAU Malaya mampu melonjak ke ranking ke-110 dunia dalam tempoh tiga tahun jika mengekalkan permainan konsisten, selain beraksi baik pada Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya dijangka menentang pasukan ‘gergasi’ Asia dan Amerika Latin pada aksi persahabatan antarabangsa, September depan selepas mengesahkan penyertaan kejohanan empat penjuru di Thailand.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar menjelaskan beberapa perancangan telah dibuat bagi memastikan skuad kendalian Kim Pan Gon memiliki persiapan terbaik sebelum ke kejohanan Piala AFF 2022 pada Disember nanti.

Beliau berkata, pengesahan awal yang boleh diumumkan adalah penyertaan skuad Harimau Malaya pada siri kejohanan mini yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand yang akan dilangsungkan pada kalender FIFA, September nanti.

“Buat masa ini kami boleh dedahkan penyertaan skuad Harimau Malaya ke kejohanan yang bakal dianjurkan di selatan Thailand melibatkan empat penjuru pada 22 hingga 25 September nanti.

“Saya difahamkan pasukan tersebut akan disertai negara yang menduduki ranking lebih baik sama ada dari Asia atau wilayah Timur Tengah dan Amerika Latin dan ia akan dilangsungkan di Hat Yai atau Pattaya. 

“Biarlah pihak penganjur (Thailand) yang mengumumkan lebih lanjut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Antara beberapa negara Asia dan Timur Tengah yang bertaraf ‘elit’ ketika ini seperti Jepun, Australia dan Bahrain manakala di benua Amerika Latin yang berkemungkinan seperti Ecuador dan Peru.

Selain penyertaan di kejohanan jemputan itu,  Saifuddin turut mengesahkan perancangan aksi persahabatan di tanah air pada November nanti, sudah mula dilakukan tetapi masih belum dapat didedahkan secara terperinci.

Skuad negara kini memiliki momentum terbaik di peringkat antarabangsa selepas tampil cemerlang aksi kelayakan untuk layak secara merit ke kancah Piala Asia 2023 pada bulan lepas. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya