Maloney, FAM berpisah - Utusan Malaysia

Maloney, FAM berpisah

BRAD Maloney (tengah) akhirnya berpisah dengan FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brad Maloney bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya berpisah selepas badan induk itu melepaskan pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menerusi satu kenyataan, hari ini.

Saifudin menjelaskan perkara itu dicapai selepas pengendali berusia 50 tahun itu hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Kehadirannya bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya.

“Bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

“Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya