Jururawat direman bantu siasatan bayi lapan bulan mati - Utusan Malaysia

Jururawat direman bantu siasatan bayi lapan bulan mati

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang jururawat direman bagi membantu siasatan kematian bayi lelakinya berusia lapan bulan yang disyaki akibat didera di Sungai Siput semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.10 pagi setelah jururawat itu membawa anaknya ke Hospital Sungai Siput dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut beliau, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan  mengesahkan bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun menemui beberapa kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa,” katanya ketika ditemui pada Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Pulau Pangkor di sini hari ini.

Menurut beliau, berikutan kematian bayi tersebut, ibu mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat  ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa yang merupakan anak tunggal itu tinggal bersama ibunya selepas wanita itu bercerai enam bulan lalu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan individu lain dalam kejadian ini.

“Wanita itu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya