JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyumbang sejumlah lembu untuk dikorbakan di beberapa masjid di seluruh Indonesia menjelang Hari Raya Aidiladha.
Kebanyakan lembu yang disumbangkan Jokowi mempunyai berat antara 800 kilogram sehingga 1.4 tan.
Setiap wilayah akan menerima lembu seberat 800 kilogram hingga 1 tan.
“Bagi Nusa Tenggara Barat, mereka akan menerima lembu korban paling besar iaitu seberat 1.4 tan,” kata Ketua Sekretariat Presiden, Heru Hartono.
Jelas beliau, lembu itu dibeli Jokowi dari seorang penternak di Dusun Pelelos di Lobom Utara, Nusa Tenggara Barat.
Menurut pemilik lembu berkenaan, Sabri, haiwan ternakannya itu dibeli pada harga 142 juta rupiah (RM41,973).
Katanya, lembu ternakannya diberi pelbagai jenis makanan sehingga menyebabkan beratnya mencapai luar biasa.
Selain itu, lembunya juga bebas penyakit mulut dan kaki.