Jawi tetapkan empat hari ibadah korban di Wilayah Persekutuan

Jawi tetapkan empat hari ibadah korban di Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan melaksanakan ibadah korban bermula selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, masjid, surau dan mana-mana pihak yang akan melaksanakan ibadah penyembelihan haiwan korban hendaklah mematuhi peraturan atau ketetapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, petugas-petugas korban hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik dan tidak mempunyai gejala Covid-19 seperti batuk, sakit tekak, selesema dan demam. 

“Selain itu, petugas juga tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dan bukan individu yang berada dalam Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian (HSO). 

“Semoga umat Islam dapat merebut peluang meraih ganjaran pahala dengan melipatgandakan amalan dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah serta meningkatkan penghayatan terhadap ibadah korban yang dilaksanakan sebagaimana disyariatkan Allah SWT,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini (Ahad) seperti diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman, Rabu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN