Indonesia mohon kuota haji untuk warga emas atas 65 tahun - Utusan Malaysia

Indonesia mohon kuota haji untuk warga emas atas 65 tahun

haji
KOS tunaikan haji meningkat kepada RM28,632 setiap jemaah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas memaklumkan golongan warga emas berusia atas 65 tahun berkemungkinan berpeluang melakukan ibadah haji pada tahun depan.

Katanya, kuota haji khusus untuk golongan tersebut dirancang diadakan pada musim haji 2023.

“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, akan ada kuota haji untuk jemaah lanjut usia.

“Namun, kita masih menunggu pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, Yaqut juga memberitahu, kementeriannya akan terus berhubung dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq F al-Rabiah berhubung isu berkenaan.

Malah, beliau turut menzahirkan harapan agar Riyadh dapat menambah kuota haji musim depan bagi membolehkan lebih ramai rakyat di negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Mudah-mudahan, kuota haji tahun depan bertambah dan berdasarkan maklumat yang saya terima, kemungkinan besar peluang itu ada,” ujar Yaqut.

Jemaah haji Indonesia mendapat kuota terbesar pada musim haji tahun ini iaitu seramai 100,051 orang.

Jumlah itu 46 peratus lebih sedikit berbanding musim haji sebelum pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN