Hector Bidoglio jurulatih baharu JDT - Utusan Malaysia

Hector Bidoglio jurulatih baharu JDT

Hector Bidoglio diperkenalkan oleh juara Liga Super lapan kali itu, hari ini.- IHSAN JOHOR Southern Tigers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Spekulasi siapa jurulatih yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Benjamin Mora sebagai ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila Hector Bidoglio diperkenalkan oleh juara Liga Super lapan kali itu, hari ini.

Perlantikan bekas pengendali kelab Argentina, Newell’s Old Boy itu diumumkan menerusi hantaran dalam Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“Kelab Bolasepak JDT dengan sukacitanya mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador,” demikian diumumkan JDT.

Semalam, peminat bola sepak tanah air air dikejutkan dengan berita pemergian Mora untuk pulang ke negara asalnya bagi menyelesaikan urusan peribadi di Mexico.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.