Calon PRU15 perlu faham aspirasi, pemerkasaan wanita - Puteri UMNO 

Calon PRU15 perlu faham aspirasi, pemerkasaan wanita – Puteri UMNO 

ZAHIDA ZARIK KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO menyarankan Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon yang memahami aspirasi dan agenda pemerkasaan wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Malah, Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, parti itu dan BN perlu bertegas dengan ahli parti berpandangan seksis, rasis dan suka mempersenda wanita. 

“Kami juga sangat sensitif dengan mereka ini. Kalau seluruh masyarakat mual dengan mereka, parti tidak lagi boleh mengharapkan kami mempertahankan mereka. 

“Tak mungkin borther. Lelaki cauvinisme (MCP), lelaki yang menganggap dialah dewa segalanya, sepatutnya tiada tempat dalam BN,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahida menggesa agar PRU15 segera diadakan selepas mengambil kira kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. 

“Kita sudah menang besar di Melaka, kita sudah menang besar di Johor, jangan sampai momentum kemenangan ini hilang. Segeralah diadakan pilihan raya. 

“Kenapa kita perlu tunggu mereka bergabung, baru kita nak serang? Jangan kita berikan mereka vitamin untuk mereka lebih kuat. Bodohlah kita tidak menyerang ketika musuh kita lemah,” tegasnya. 

Sementara itu, Zahida dalam sidang akhbarnya berkata, beliau tidak menunding jari kepada mana-mana individu yang berpandangan seksis, rasis dan suka mempersenda wanita terbabit. 

Katanya, ini kerana kenyataan yang dibuat itu bersifat umum. 

“Tetapi memang sepatutnya pemimpin-pemimpin atau sesiapa sahaja yang ada karektor seperti itu, parti sepatutnya tidak terima dah dikenakan tindakan sewajarnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya