Axelsen akhiri kemarau pemain Eropah, juarai Terbuka Malaysia selepas 15 tahun - Utusan Malaysia

Axelsen akhiri kemarau pemain Eropah, juarai Terbuka Malaysia selepas 15 tahun

Aksi pemain perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen sewaktu menentang pemain Jepun, Kento Momota pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini.UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki No. 1 dunia, Viktor Axelsen menjadi pemain Eropah pertama dalam tempoh 15 tahun menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menewaskan pemain No. 2 dunia dari Jepun, Kento Momota pada final di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Bintang Denmark itu tidak berdepan masalah untuk menyekat kemaraan Momota yang menghadiahkan Axelsen kemenangan mudah 21-4, 21-7 dalam tempoh 33 minit.

Kali terakhir wakil Eropah memenangi Terbuka Malaysia ialah pada 2007 menerusi Peter Gade.

Axelsen sendiri terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk merangkul gelaran perseorangan lelaki itu, selepas percubaan pertamanya pada 2012 menemui kegagalan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya