Stadium Shah Alam: TRW Kelantan FC sedia bantu - Utusan Malaysia

Stadium Shah Alam: TRW Kelantan FC sedia bantu

Status yang dimuatnaik zamsaham di media sosialnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah Stadium Shah Alam dan menegaskan bahawa venue berkenaan tidak perlu dirobohkan.

Norizam atau Zamsaham mengumumkan perkara itu dalam media sosial dan meminta pihak yang bertanggungjawab kepada stadium berkenaan untuk memajak kepada pasukan TRW Kelantan FC.

“Dari roboh stadium tu, baiklah pajakkan ke TRW Kelantan FC. Insya-Allah saya bersedia #Zamburger,” kata pemilik pasukan Kelantan FC.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan bangunan ikonik di Seksyen 13 yang pernah dinobat sebagai stadium terbesar di Asia Tenggara dan menjadi venue rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.

Stadium baharu berkenaan dikatakan berkapasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara ber­banding Stadium Shah Alam sekarang yang boleh memuatkan sehingga 80,300. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya