Penjaga garisan terlelap ketika bertugas - Utusan Malaysia

Penjaga garisan terlelap ketika bertugas

Hans-Kristian Solberg Vittinghus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perseorangan lelaki badminton Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus tidak menyangka akan ada penjaga garisan tertelap ketika perlawanan sedang rancak berlangsung.

Namun itulah situasi yang terpaksa dihadapinya, ketika saingan pusingan pertama Masters Indonesia ketika Vittinghus berentap dengan pemain India, Lakshya Sen.

Ketika menyedari insiden berkenaan, Vittinghus segera mengadukan perkara ini kepada pengadil perlawanan.

“Dengan santai saya cuba jelaskan kepada Umpire bahawa penjaga garisan tertidur ketika perlawanan kami tempohari, dia benar-benar tertidur.

“Ini adalah pengalaman pertama bagi saya, saya tidak tahu adakah permainan saya membosankan sehingga membuatnya tertidur,” tulis Vittinghus menerusi perkongsian media sosialnya.

Walaubagaimanapun, Vittinghus akui tanggungjawab dipikul pengadil perlawanan dan penjaga garisan untuk sesuatu kejohanan amatlah berat, memandangkan mereka akan bekerja seharian di lapangan.

Namun pemain di ranking 21 Dunia ini berharap pengadil yang penat dapat diganti dengan lebih cergas agar tidak mengganggu perjalanan permainan yang bakal berlangsung.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku tetapi saya memahami kebanyakkan pengadil melalui hari yang sangat panjang.

“Saya sangat menghargai dan menghormati kerja keras daripada barisan pengadil dan penjaga garisan yang ada di seluruh dunia, kerana mereka melakukannya bukan demi wang semata-mata.

“Namun untuk masa akan datang, jika penjaga garisan tidur saat pertandingan, bolehkan dia diganti dengan orang lain,” ujarnya.

Dalam perlawanan itu, Vittinghus tewas kepada Lakshya Sen dengan keputusan 21-10, 21-18, bagaimanapun dia tetap akan kembali ke Istora Senayan minggu hadapan untuk saingan Terbuka Indonesia.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN