Nasib Talib di hujung tanduk - Utusan Malaysia

Nasib Talib di hujung tanduk

Walaupun membawa pasukan Malaysia meraih 3 pingat perak dan 2 gangsa ketika Sukan SEA Hanoi namun Abdul Talib tetap dikritik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad menyerahkan sepenuhnya keputusan membabitkan hala tujunya sebagai pengendali kepada pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia susulan pihak Konfederasi Sepak Takraw Negara (MSC), sudah pun mempunyai calon baru untuk menggantikan Talib, iaitu bekas jurulatih pasukan Kelantan Warriors,Azhar Sarbini.

Talib yang membimbing skuad kebangsaan sejak 2015 mempunyai kontrak sehingga Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September.

Bagaimanapun, penundaan temasya tersebut susulan keadaan wabak Covid-19 di China yang kembali mengganas menyaksikan tiada ketetapan sama ada kontrak Talib diteruskan ataupun ditamatkan oleh pihak MSN.

“Bagi saya, saya serahkan semuanya kepada MSN sebab mereka yang boleh menentukannya.” ulas Talib ringkas kepada Utusan Malaysia.

Biarpun Malaysia capai sasaran raih 3 pingat perak dan 2 gangsa ketika Sukan SEA Hanoi bulan lalu, kredibiliti Talib dikritik peminat susulan masih gagal untuk saingi seteru, Thailand apabila Malaysia tewas di final acara regu dan regu berpasukan, selain kekalahan memalukan acara regu kepada Indonesia.

Ketika ini, Talib masih menguruskan sesi latihan skuad negara seperti biasa, memandangkan masa kian suntuk buat Malaysia untuk hadapi Piala Raja Thai yang dijadualkan berlangsung 22 Julai depan di Bangkok.

“Sekarang ni pemain baru sahaja masuk untuk lapor diri, selepas tamat Kejohanan Majlis Anggota-Anggota dan Kakitangan Kerajaan (MAKSAK) tempohari, sebanyak 21 pemain semuanya dipanggil.

“Saya harap paling utama mereka semua dapat beraksi di Piala Raja Thai bulan depan, tentang diri saya mengendalikan skuad negara selepas ini atau sebaliknya, itu keputusan MSN,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya