Nadal bersedia turun bermain di Wimbledon - Utusan Malaysia

Nadal bersedia turun bermain di Wimbledon

RAFAEL Nadal-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rafael Nadal menewaskan Stanislas Wawrinka 6-2 6-3 dalam perlawanan pertunjukan di Hurlingham Classic yang juga merupakan aksi pertamanya di atas rumput sejak 2019.

Nadal terlepas aksi di Wimbledon pada tahun lalu kerana masalah kaki yang kronik kelihatan dalam keadaan baik di hadapan 1,300 penonton di Fulham semalam.

Pemenang Grand Slam 22 kali itu berkata, dia berpuas hati dengan prestasinya dan percaya perlawanan di Hurlingham itu memberi manfaat menjelang Wimbledon yang akan berlangsung pada 27 Jun ini.

“Sejak 2019 saya tidak dapat bermain di atas rumput dan melalui detik-detik sukar yang kami lalui dengan wabak itu dan tahun lepas saya cedera.

“Jadi saya teruja untuk kembali seperti sekarang ini. Ia sentiasa menyeronokkan bermain di sini. Ia adalah istimewa untuk kembali.

“Sejujurnya, bagi saya adalah positif untuk bermain beberapa perlawanan sebelum pertandingan bermula di Wimbledon. Saya pernah bermain di Queen’s dahulu.

“Saya lebih tua sekarang, saya tidak boleh bermain begitu banyak perlawanan. Bagi saya, ia adalah sempurna untuk bermain beberapa perlawanan di sini sebelum Wimbledon bermula. Itu membantu saya merasakan sekurang-kurangnya beberapa persaingan sebelum Wimbledon,” kata Nadal.

Wawrinka, yang akan menyertai Wimbledon atas tiket wild card berkata, Nadal bermain seperti biasa dan dia kelihatan tidak terjejas dengan masalah kaki yang dihadapinya sebelum ini.

“Saya tidak tahu bagaimana perasaannya, ia kelihatan seperti Nadal yang biasa. Dia telah mengatakan dia berasa lebih baik dan jika dia bermain dia bersedia untuk bermain yang terbaik dan untuk menang.

“Saya fikir apabila Grand Slam, Nadal sentiasa akan menjadi salah satu pemain pilihan.

“Dia memenangi dua Grand Slam pertama tahun ini tanpa terlalu banyak perlawanan sebelum Grand Slam itu jadi dia mendapat banyak keyakinan jadi sudah tentu dia adalah sebahagian daripada pasukan kegemaran,” kata pemain Switzerland itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya