Miller tinggalkan Ducati sertai KTM - Utusan Malaysia

Miller tinggalkan Ducati sertai KTM

ducati
Pelumba Ducati, Jack Miller pilih KTM.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pelumba kelahiran Australia, Jack Miller yang bersama Ducati dalam perlumbaan MotoGP musim ini sah menyertai KTM bagi saingan musim depan.

Miller yang memenangi perlumbaan MotoGP sebanyak tiga kali sah mengikat kontrak bersama pasukan baharunya itu bagi tempoh dua tahun dan akan menggantikan Miguel Oliveira.

Setelah menghabiskan lima musim terakhir bersama Ducati, termasuk kempen semasa 2022, Miller kini akan berpindah ke pengeluar ketiganya yang berbeza sejak membuat debut MotoGP pada 2015 bersama Honda.

Pertukaran Miller ke KTM juga akan menyaksikan dia bersatu semula dengan bekas bos Pramac Ducati, Francesco Guidotti, yang menjadi Pengurus pasukan Red Bull pada awal tahun ini.

“Mempunyai Miller bersama Brad (Binder) dalam pasukan kami bermakna kami mempunyai satu lagi aset yang kukuh.

“Saya mengenalinya dengan baik, tahu bagaimana dia suka bekerja dan apa yang dia boleh bawa dalam pasukan.

“Saya percaya wataknya dan cara dia menunggang sertai akan banyak membantu kami pada peringkat projek kami ini,” kata Guidotti. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya