Malaysia vs Bahrain: Khidmat tren LRT dilanjutkan

Malaysia vs Bahrain: Khidmat LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilanjutkan

malaysia vs bahrain
Pengguna LRT ke program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 Disember ini di Bukit Jalil akan mendapat 25 peratus diskaun tambang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia vs Bahrain malam esok (Sabtu 11 Jun), RapidKL mengumumkan akan melanjutkan perkhidmatan LRT.

Melalui hantaran di Twitter RapidKL memberitahu, perkhidmat tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan  sehingga selepas tengah malam.

Tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada pukul 12.03 tengah malam.

Tren terakhir menuju ke Putra Heights pula akan berlepas pada pukul 12.44 tengah malam.

Tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan.

Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek; dan ke MRT Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.

Ia bagi memudahkan penyokong Harimau Malaya memenuhi stadium malam esok bagi memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Beraksi menentang lawan yang kini berada di kedudukan ke-134 berbanding Malaysia di kedudukan ke-154 dunia nyata tidak menggentarkan semangat pemain Harimau Malaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya