Kenapa Maloney tak tukar pemain - Azrai - Utusan Malaysia

Kenapa Maloney tak tukar pemain – Azrai

AZRAAI KHOR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kepada Thailand, kelmarin menampakkan kepincangan yang wujud dalam pasukan kendalian Brad Maloney, selain dua pemain yang berkelana di luar negara kurang memberi impak besar.

Begitupun, bekas jurulatih Harimau A, Azrai Khor Abdullah tidak menyalahkan dua pemain berkenaan iaitu Luqman Hakim Shamsuddin yang beraksi bersama KV Kortrijk di Liga Belgium serta Hadi Fayyadh bersama kelab Jepun, Azul Claro susulan mereka kekurangan minit permainan.

Keputusan tewas 0-3 kepada Thailand dan 1-4 kepada Korea Selatan menyaksikan skuad negara boleh dikatakan sebagai pasukan belasahan dalam Kumpulan C Piala Asia B-23 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.

“Walaupun kita ada penyerang yang berkelana di luar negara, namun mereka (Luqman & Hadi Fayyad) bukanlah pemain yang kerap diturunkan oleh pasukan masing masing, minit permainan mereka amat kurang, walaupun ada ketika tampak Luqman cuba untuk melakukan sesuatu, namun ada ketika mereka nampak hilang arah.”

“Setelah kita tamat kempen di Sukan SEA Hanoi bulan lalu, sepatutnya barisan kejurulatihan membuat beberapa pertukaran dalam pemilihan pemain untuk ke Tashkent kali ini untuk perbaiki beberapa kelemahan tetapi tiada.

“Kita bertemu Thailand sekali lagi dan dalam perlawanan semalam (kelmarin) tampak kita susah nak menang dengan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kubu Malaysia dibedil seawal minit ke-23 menerusi jaringan pemain lincah, Suphanat Muenta, dan skuad Gajah Perang menambah luka anak didik Maloney dengan dua lagi gol di separuh masa kedua, menerusi Channarong Promsrikaew pada minit ke-69 dan Muenta pada minit ke- 73.

Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia dalam Kumpulan C selepas tewas aksi pembukaan kepada Korea Selatan, Khamis lalu. Tugas berat menanti Malaysia untuk aksi terakhir pada 9 Jun ini apabila berdepan dengan skuad Vietnam yang masih lagi segar dengan kejayaan meraih pingat emas di Sukan SEA Hanoi.

“Walaupun hakikatnya kita sudah tersingkir, saya harapkan aksi terakhir menentang Vietnam nanti biarpun sekadar pelengkap jadual, para pemain cuba tampilkan aksi bermatian-matian. “Lebih utama elak gawang kita dibolosi dengan jumlah jaringan yang banyak, kita tidak mahu akhiri saingan ini sebagai pasukan belasahan,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya