Jangan hanyut dengan pujian- Hamidin - Utusan Malaysia

Jangan hanyut dengan pujian- Hamidin

HAMIDIN memberi peringatan dan kata-kata motivasi kepada pemain Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2023.-FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALIG JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya tidak lena dibuai dengan pujian selepas meraih kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong dalam aksi persahabatan, sebelum ini.

Hamidin berkata demikian, ketika bertemu barisan pemain Harimau Malaya, jurulatih dan pegawai pasukan, semalam, menjelang saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Rabu ini.

Walaupun Harimau Malaya berjaya menewaskan Brunei 4-0 dan Hong Kong 2-0, beliau menganggap prestasi pemain masih perlu dipertingkatkan.

“Diakui dua kemenangan ke atas Brunei dan Hong Kong adalah permulaan baik kepada persiapan kita, namun ia tidak bermakna jika kita tidak lakukan yang lebih baik di pertembungan sebenar.

“Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan sanjungan dan pujian, sebaliknya jadikan ia inspirasi untuk terus melawan.

“Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkritik, maka terus jadikan pertembungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing.

“Berdasarkan pemantauan saya dalam dua aksi persahabatan ini masih ada kelompongan yang perlu kita baiki kerana kita tidak boleh sesekali memandang rendah lawan, ini tugas penting,” katanya.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon akan menghadapi tugasan lebih penting dalam kempen kelayakan menentang Turkmenistan, Rabu ini sebelum berdepan Bahrain (Sabtu) dan Bangladesh (14 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN