Hatrik Caion bantu Selangor kenduri gol - Utusan Malaysia

Hatrik Caion bantu Selangor kenduri gol

Johan Kamal menyifatkan dengan pertambahan pasukan bakal menyaksikan juga jumlah perlawanan bertambah sekali gus akan memberi impak positif terutamanya kepada aspek nilai komersial. - Ihsan Selangor FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas membelasah Sarawak United 7-0 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Malam gemilang skuad Red Giants bermula dengan jaringan kapten pasukan, Brendan Gan yang kembali beraksi menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit minit ketujuh.

Tuan rumah menggandakan kelebihan pada minit ke-23 hasil tandukan Hyuri Henrique disusuli ledakan penyerang sensasi dari Brazil, Herlison Caion sebelum kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan apabila berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor terus meningkat tempo serangan dan hasilnya Nor Hakim Hassan meledak gol keempat untuk tuan rumah.

Pesta gol Gergasi Merah Kuning disemarakkan lagi dengan jaringan kedua peribadi Caion pada minit ke-74 dan penyerang berusia 32 tahun itu melengkapkan hatrik di minit ke-88.

Pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim melengkap kenduri gol buat pasukan Selangor apabila meledak gol minit terakhir perlawanan untuk menewaskan penjaga gol Sarawak, Sharbinee Allawee Ramli buat kalu ketujuh.

Kemenangan itu meletakkan Selangor berada di kedudukan keenam Liga Super dengan mengumpul 11 mata selepas mengharungi enam perlawanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya