FIFA tarik balik larangan terhadap Perak FC - Utusan Malaysia

FIFA tarik balik larangan terhadap Perak FC

PEMAIN Perak FC kini hanya fokus kepada survival dalam Liga Perdana tanpa perlu memikirkan masalah luar padang. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah menarik balik larangan perpindahan ke atas Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Dalam e-mel kepada pengurusan kelab, FIFA menyatakan badan bola sepak dunia itu telah menerima surat menyurat daripada pemiutang bahawa dana yang terhutang telah dipindahkan ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan yang Mentadbir Prosedur Jawatankuasa Status Pemain dan Penyelesaian Pertikaian Dewan.

Pengerusi XOX Berhad, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang juga Pengerusi Perak FC mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka.

“Agenda ini adalah keutamaan kami, untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain yang berkaliber. Malangnya, penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata.

“Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya serta melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Abdul Azim mengingatkan semua pihak supaya tidak lupa jasa serta, usaha gigih pemain muda yang telah mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini.

Menurutnya, Perak FC kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan ini dan akan menandatangani tiga pemain import ke kelab itu, tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.

“Penyokong dijemput untuk melihat aksi pemain baharu dalam perlawanan persahabatan pada Ahad, 19 Jun ini pukul 9 malam menentang Christian Seoul University di Stadium Perak, Ipoh,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya