3 individu bantu ah long simbah cat diberkas - Utusan Malaysia

3 individu bantu ah long simbah cat diberkas

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyentuh isu stoking kalimah Allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk seorang wanita yang mengambil upah daripada sindiket ah long untuk menyimbah cat ke rumah mangsa menerima padah apabila dicekup polis di sekitar Larkin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketiga-tiga suspek itu disyaki menyimbah cat merah ke sebuah rumah di Bandar Putra, Kulai bulan lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.35 pagi itu, seorang wanita berusia 52 tahun mendapati halaman rumahnya disimbah dengan cat merah setelah terhidu bau cat.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati pintu pagar hadapan serta halaman rumah mangsa telah disimbah cat warna merah selain menemukan notis ugutan ditampal pada pagar.

“Suspek meninggalkan nota ugutan meminta wanita itu membayar hutang ah long atau rumahnya akan disimbah cat dan dibakar,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Menurut Beng Yeow, bertindak atas maklumat pada 7.15 malam semalam, kita membuat serbuan di kawasan Larkin dan menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 21 hingga 27 tahun,” katanya.

Katanya, hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah. 

Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek menerima upah daripada sindiket ah long dan disyaki terlibat dalam tiga kes simbah cat di kawasan Kulai. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi membuktikan kes ini selain menyiasat penglibatan suspek dalam kes-kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai.

Kesemua suspek ditahan reman  empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya