Siapa yang mahu pergi, boleh pergi - Kata De Gea kepada rakan

Siapa yang mahu pergi, boleh pergi – De Gea

de gea
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penjaga gol Manchester United, David de Gea berkata mana-mana rakan sepasukannya yang tidak mahu berjuang untuk kelab itu boleh meninggalkannya musim panas ini.

United tewas 1-0 kepada Crystal Palace untuk menamatkan musim ini sebagai yang terburuk dengan kutipan mata terendah dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun kejayaan Brighton menewaskan West Ham 3-1 sedikit melegakan The Red Devils yang membantu mereka ke Liga Europa.

“Orang yang tidak mahu kekal, pergi sahaja,” kata David de Gea kepada MUTV sambil menyasarkan kata-kata itu kepada rakan sepasukannya yang kurang komited.

Di sebalik musim yang buruk, Man United layak ke Liga Europa ekoran kekalahan West Ham di Brighton.

Musim ini juga menyaksikan mereka mencatat kutipan mata terendah dalam era EPL

Ia merupakan satu kejatuhan yang luar biasa oleh United, yang disebut-sebut sebagai pencabar kejuaraan pada awal musim ini, yang menyaksikan skuad itu kucar-kacir dengan masa depan banyak pemain masih terawang-awang.

“Tahap yang kami tunjukkan dalam tiga atau empat bulan lepas tidak mencukupi untuk memenangi perlawanan Liga Perdana, kami mudah dibolosi, kami kehilangan beberapa bola mudah di sekeliling kotak kami, mustahil untuk memenangi perlawanan,” De Gea memberitahu MUTV.

“Saya hanya mahu bersikap positif, melupakan musim ini. Pengurus baharu [Erik ten Hag] berada di barisan penonton, jadi itu isyarat yang baik. Saya harap keadaan akan menjadi lebih baik untuk musim depan – itu masa lalu. Kita semua tahu ia telah menjadi musim yang buruk, untuk semua orang.

“Orang yang tidak mahu kekal, pergi sahaja, dan orang yang benar-benar mahu kekal di kelab, yang mahu berjuang untuk kelab, mari rehat dulu dengan baik pada musim panas, sediakan diri kita dan bersedia untuk bertarung lagi musim depan.” katanya. – skysport

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.