fbpx

Rachel raih gangsa acara all-around

Rachel Yeoh menunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara all-around wanita di Sukan SEA Hanoi, hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh berjaya meraih pingat gangsa dalam acara all-around Sukan SEA 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, sebentar tadi.

Kejayaan itu juga merupakan pingat pertama buat kem Malaysia pada temasya dwitahunan edisi ke-31 tanpa kelibat pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA, Farah Ann Abdul Hadi.

Dalam acara itu, menyaksikan pingat emas menjadi milik gimnas Indonesia, Rifda Irfanaluthfi selepas mencatat markah keseluruhan 46.65 apabila menamatkan keempat-empat rutin iaitu batang titian, melombol, palang tidak sejajar dan senaman lantai.

Pingat perak pulak menjadi milik atlet dari Filipina, Aleah Finnegan Cruz yang mengutip 49.25 manakala Rachel ditangga ketiga (48.55).

Sementara itu, dalam acara berpasukan gimnastik artistik wanita, emas menjadi milik pasukan Filipina yang dibarisi Aleah, Chiara Andrews, Ancilla Lucia Manzano, Lucia Gutierrez, Kursten Lopez and Ma. Cristina Loberanes dengan mengumpul 184.50 mata manakala perak menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam (183.800) dan Singapura (182.550) melengkapkan kedudukan podium.

Malaysia pula tidak menghantar wakil dalam acara berpasukan selepas hanya menyenaraikan Rachel dan Geanie Ng Ee Ling.- UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI