Kelebihan 2-0 tak memberi makna - Klopp

Kelebihan 2-0 tak memberi makna – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool tidak mengambil mudah aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Villarreal awal pagi nanti, meskipun memegang kelebihan 2-0.

Kata Klopp, separuh akhir adalah peringkat yang penting dan dia menjangkakan kebangkitan daripada pasukan tuan rumah.

PEMAIN Liverpool tiba di Villarreal semalam.

“Pada masa ini, separuh akhir Liga Juara-Juara adalah perlawanan paling penting boleh anda mainkan.

“Apa sahaja yang berlaku dalam beberapa minggu lalu atau bakal berlaku dalam beberapa minggu akan datang tidak penting.

“Anda tidak pernah tahu sama ada anda akan mara ke separuh akhir sekali lagi atau jika kami akan mempunyai peluang lagi untuk ke final, anda tidak tahu,” kata pengendali Liverpool itu.

Kata Klopp, dia mempunyai barisan pemain yang luar biasa, namun kadangkala faktor tuah turut memainkan peranan, jadi mereka perlu berwaspada serta lebih bersedia.

“Kami tahu bahawa ia (perlawanan pertama) hanyalah separuh masa, jadi kami kena mengabaikan keputusan di Anfield.

“Kami tahu mereka (Villarreal) akan memberikan semua yang ada, itu sangat jelas.

“Dengan semua perkara yang Unai katakan selepas perlawanan… ia akan menjadi sukar,” kata Klopp.

Klopp dijangka menurunkan trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Luis Diaz mengetuai jentera.

Jordan Henderson, Thiago Alcantara dan Fabinho bakal mengisi bahagian tengah, manakala Ibrahima Konate membentuk benteng bersama Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Andrew Roberton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN